Cara membersihkan tablet atau telefon pintar Android™ anda dalam 3 langkah mudah

Ramai daripada kita mempunyai terlalu banyak serakan pada telefon atau tablet – perkara yang memakan ruang storan sehingga tiada ruang yang tinggal untuk muzik, foto atau aplikasi pada peranti kita.

AVG Cleaner mengenal pasti dan mengalih keluar dengan cepat aplikasi yang tidak diingini atau yang tidak digunakan dan membersihkan cache, sejarah pelayaran, log panggilan serta serakan lain daripada telefon anda.

Sandro Villinger

Sandro Villinger
Resident Tech Expert AVG

LANGKAH 1

Muat turun AVG Cleaner untuk Android

Muat turun, pasang dan bersedia untuk melajukan peranti anda.

Muat turun AVG Cleaner untuk Android

Jika anda berada di hadapan komputer, log masuk sahaja ke akaun Google anda dalam Play Store untuk memasangnya dari jauh pada peranti anda. 

AVG Cleaner, Cleaner FREE, UI untuk Android, 590 x 305 px

Selain itu, anda boleh mengimbas kod QR dengan peranti anda.

Selepas aplikasi dilancarkan, anda akan diberikan pengenalan pendek terhadap ciri aplikasi.

Cuma leret pada skrin dan anda akan sampai ke papan pemuka utama.

AVG Cleaner Kod QR, 140 x 140 px
 
 
 
LANGKAH 2

Bersihkan fail cache

Mula-mula, kami akan membersihkan fail cache untuk memberikan lebih banyak ruang kepada peranti anda. Juga boleh menyelesaikan masalah semasa melancarkan atau menjalankan aplikasi yang mempunyai fail cache yang rosak.

Mula-mula, ketik pada Cache. Senarai yang anda lihat sekarang menunjukkan semua aplikasi yang dipasang yang telah mencipta fail cache dan mungkin terlupa untuk menghapuskannya. Anda boleh mengalih keluar semuanya hanya dengan satu klik dengan menekan butang Bersihkan Semua Cache.

PETUA! Ketik pada mana-mana aplikasi untuk memberikannya penampilan yang lebih terperinci. Hal ini berguna apabila aplikasi yang tidak diperlukan atau yang tidak digunakan lagi mencipta ratusan MB cache.

Lagi tentang fail Cache

Kebanyakan aplikasi mencipta “fail cache” untuk menyimpan maklumat secara sementara. Sebagai contoh, aplikasi media sosial boleh menyimpan foto yang anda lihat dalam folder cache. Dalam sesetengah hal, folder cache ini juga boleh menjadi rosak – menyebabkan berlakunya ranap mahupun menghalang aplikasi daripada dimulakan.

Membuatkan aplikasi mengosongkan folder cachenya adalah tugas setiap pembuat aplikasi tetapi mereka sering kali terlepas pandang tugas ini. Mujurlah, AVG Cleaner menghapuskan fail cache seumpamanya dengan kerap, mengosongkan ruang dan menyelesaikan isu kerosakan cache.

Bersihkan cache android, 380 x 327
 
 
 
LANGKAH 3

Bersihkan fail sejarah

Seterusnya, kami akan mengosongkan sejarah pelayaran, senarai pemanggil dan fail yang dimuat turun atau media yang telah lama dilupakan.

Untuk membersihkannya, cuma pergi ke Sejarah dan tekan butang Bersihkan Sejarah. Kami mengesyorkan supaya anda menyemak senarai fail yang dimuat turun dan media dan pastikan anda tidak memerlukan fail ini lagi!

Bersihkan Sejarah

Banyak perkara yang anda lakukan pada telefon disimpan dalam senarai sejarah. AVG Cleaner tahu tempat untuk mencari dan memadam bersih senarai ini, yang termasuk:

Senarai pemanggil

Satu senarai semua panggilan masuk, keluar dan panggilan tidak dijawab.

Sejarah Pelayar

Fail cache, kuki dan fail sementara yang dimuat turun dari dalam pelayar Android anda.

Bersihkan sejarah android, 380 x 331

Papan Keratan

Apa-apa sahaja yang anda salin dan tampal–seperti teks, imej dan sebarang item lain–disimpan pada Papan keratan. Apabila fail atau item bersaiz besar seperti imej disalin, adalah baik untuk memadamkan cache papan keratan untuk mengosongkan ruang storan.

Sejarah Aplikasi

Banyak aplikasi turut melog aktiviti anda seperti laman aplikasi yang anda lawati di gedung Google Play atau item yang anda cari dalam aplikasi eBay. Jika anda kadangkala berkongsi tablet atau telefon anda dengan rakan atau keluarga, anda mungkin tidak mahu mereka melihat perkara yang anda lakukan pada peranti. AVG Cleaner untuk Android turut membantu mengalih keluar senarai ini.

Senang & mudah.

Android anda seharusnya mempunyai lebih ruang untuk aplikasi, foto atau video anda.

AVG TuneUp - Tanpa had

Tala dan bersihkan semua peranti anda

  RM 139.00

Apa sahaja peranti anda, kami melindungi anda

Ikon ciri PC
Ikon ciri Komputer Riba
Ikon ciri Telefon
Langkau ke kandungan Langkau ke menu