Dapatkan lebih banyak ruang hari ini — cuba pembersih telefon dan tablet percuma kami untuk Android

AVG Cleaner untuk Android membebaskan ruang dengan membersihkan fail dan data sampah yang tidak diingini pada telefon atau tablet anda, serta boleh mempercepatkan peranti dan juga meningkatkan hayat bateri anda.

Muat Turun PERCUMA
Juga tersedia untuk PC dan Mac

Nikmati lebih banyak ruang, kelajuan & hayat bateri

Untuk memastikan telefon atau tablet anda sentiasa bersama anda.

Lebih mudah untuk digunakan

Reka bentuk kami yang baharu menjadikan pembersihan jauh lebih laju. Hanya klik butang "Pembersihan pantas" untuk mendapatkan ringkasan satu halaman yang ringkas tentang fail-fail usang, sarap tersembunyi, foto buruk, aplikasi melemahkan bateri dan banyak lagi. Dari situ, pembersihan ranap mengambil masa beberapa saat.

Papan pemuka utama AVG Cleaner untuk Android
AVG Cleaner untuk Android melanjutkan hayat bateri

Bersihkan foto anda

Cari gambar anda yang buruk & serupa. Lihat dengan cepat foto anda yang buruk, kabur, cahaya teruk atau hampir sama. Kemudian, padamkan sebanyak mungkin yang anda ingin untuk membersihkan galeri anda dan menjimatkan ruang.

Jika aplikasi pembersih telefon kami tidak pasti tentang beberapa foto, ia akan meminta anda menyemaknya semula. Dan ciri yang paling baik? Semakin banyak anda menggunakannya, semakin banyak yang ia pelajari dan semakin baik imbasan pada masa hadapan.

Kosongkan ruang untuk lebih banyak aplikasi & media yang anda sukai

Singkirkan selerak tersembunyi dengan cepat seperti aplikasi, tangkapan skrin, fail sarap besar dan banyak lagi untuk mengosongkan ruang untuk aplikasi, foto dan muzik yang anda gemari.

AVG Cleaner untuk Android menghentikan lahap sumber

Hentikan lahap sumber

Lihat dengan cepat semua aplikasi luar kawalan anda. Lihat dengan mudah aplikasi yang paling banyak menyusutkan bateri, storan dan data mudah alih anda. Kemudian, tentukan aplikasi yang berbaloi disimpan dan ketik untuk menghentikan selebihnya.

Tetapkan & lupakan

Automatic Cleaning akan lakukan yang selebihnya. Anda mesti memutuskan apa yang hendak dibersihkan dan kekerapannya. Hidupkan ciri Automatic Cleaning (PRO sahaja) dan pembersih telefon dan tablet Android kami akan menemui selerak untuk anda secara automatik kemudian menghapuskannya berdasarkan pilihan anda sendiri.

Logo AVG Cleaner untuk Android

AVG Cleaner untuk Android

Dapatkan lebih ruang, kelajuan & hayat bateri
untuk telefon atau tablet anda

Muat Turun PERCUMA

Ciri PRO disertakan secara percuma selama 30 hari dan boleh dibeli pada bila-bila masa dengan pembelian dalam aplikasi.

Pengguna kami menyukai AVG Cleaner untuk Android 173 orang memberikan markah 4.7 / 5 kepada kami
AVG Antivirus untuk Android
Lindungi Android anda

AntiVirus & Anti-Theft dalam satu

Dapatkan AVG AntiVirus untuk Android
Pakej AVG Performance
Tala semua peranti anda

Peranti tanpa had, tindakan jauh

Dapatkan AVG Performance
Pakej AVG Ultimate
Penalaan & Antivirus

Peranti tanpa had, tindakan jauh

Dapatkan AVG Ultimate

Cara untuk memasang

  1. Pertama, muat turun bestari pemasangan menggunakan butang di bahagian atas halaman.
  2. Sebaik sahaja ia dimuat turun, klik dua kali bestari pemasangan untuk menjalankannya.
  3. Ikuti arahan aplikasi di skrin.
  4. Anda sudah selesai! Jalankan imbasan pertama anda dan mula melindungi peranti Android anda hari ini.

Untuk arahan yang lebih terperinci, sila pergi ke halaman sokongan pemasangan kami.

Penggunaan

Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.

Keperluan sistem

Google Android 9.0 (Pie, API 28) atau lebih baharu

Sambungan Internet untuk memuat turun, mengaktifkan dan mengekalkan kemas kini aplikasi

Bahasa

Arab, Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.

Soalan Lazim

Apakah yang AVG Cleaner lakukan?

AVG Cleaner untuk Android ialah alat penyelenggaraan percuma yang menjadikan peranti Android anda berjalan pada prestasi dan kelajuan puncak dengan mengenal pasti dan membuang fail sarap, perisian remeh dan fail serta aplikasi lain yang tidak diperlukan daripada peranti anda. Perisian ini memantau dan membersihkan memori kad SD dan memori dalaman telefon atau tablet anda, serta sejarah pelayaran, sejarah panggilan dan mesej teks anda. Antara mukanya yang ringkas mudah digunakan dan menawarkan banyak pilihan penyesuaian.

Adakah selamat untuk menggunakan AVG Cleaner?

AVG Cleaner ialah alat pengoptimuman yang selamat dan boleh dipercayai yang melindungi fail, aplikasi, program dan data yang penting kepada anda semasa membersihkan sarap yang memperlahankan prestasi peranti anda. Perisian ini juga sangat mudah digunakan dan anda boleh menyesuaikan pilihan anda untuk menetapkan tahap pembersihan yang tepat yang sesuai dengan keperluan anda.

Adakah dengan menggunakan AVG Cleaner akan melajukan peranti saya?

AVG Cleaner akan membantu anda meningkatkan kelajuan dan prestasi peranti Android anda, dan mengosongkan banyak ruang dan memori. Perisian ini membuang perisian remeh dan sarap lain yang memperlahankan prestasi. Pada masa yang sama, perisian ini menghibernasi aplikasi dan program yang jarang digunakan untuk melajukan peranti anda, membebaskan sumber, dan melanjutkan jangka hayat bateri.

Bagaimanakah lagi saya dapat meningkatkan prestasi peranti saya?

Ingin mendapatkan kelajuan dan prestasi yang lebih tinggi daripada telefon atau tablet Android anda? Anda dapat meningkatkan RAM pada telefon Android anda untuk memberikan lebih banyak memori kepada telefon anda atau cuba membersihkan telefon Android anda sendiri. AVG Cleaner untuk Android ialah pembersih memori yang akan mengembalikan peranti Android anda kepada tahap prestasi yang optimum.

Bagaimanakah saya boleh membersihkan telefon secara percuma?

  1. Mulakan peranti Android anda.
  2. Pergi ke Tetapan
  3. Pergi ke Aplikasi
  4. Semak bahawa anda telah memilih Semua aplikasi dalam menu.
  5. Ketik pada aplikasi yang hendak dibersihkan.
  6. Pilih Kosongkan Data atau Kosongkan Cache untuk mengosongkan ruang.

Jika anda sedang mencari cara yang lebih mudah untuk membersihkan telefon secara percuma, gunakan pembersih telefon percuma kami untuk peranti Android. Adakah kami menyebut bahawa aplikasi ini juga terdapat di skrin utama tablet juga? Jimatkan masa anda dengan mengosongkan ruang gigabait hanya dengan beberapa ketikan butang dan banyak lagi.