Kami serius terhadap privasi anda
Ketahui tentang komitmen kami untuk melindungi maklumat serta data peribadi anda
Dasar Privasi
Ini adalah tambahan kepada Dasar Privasi AVG untuk AVG PrivacyFix dan hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi AVG.
AVG PrivacyFix tidak menghantar data pelayar
AVG PrivacyFix direka supaya tidak menghantar atau berkongsi sejarah pelayaran atau kuki pelayar anda. Semua penilaian dan pengiraan kami berlaku dalam pelayar anda, menggunakan formula generik dan data yang dihantar dari pelayan kami.
AVG PrivacyFix hanya mengumpulkan data yang perlu untuk memberi perkhidmatan kepada anda
Apabila anda memasang dan menggunakan sambungan pelayar atau aplikasi kami, kami mengenal pasti komputer atau peranti anda menggunakan kod unik yang disimpan oleh sambungan atau aplikasi itu. Kami menggunakan kod unik ini untuk menyimpan pilihan AVG PrivacyFix anda dan untuk memahami corak penggunaan yang membantu kami memantau dan meningkatkan perkhidmatan.
Data Facebook® anda kekal dalam kawalan anda
Jika anda memilih untuk menyambungkan AVG PrivacyFix dengan akaun Facebook anda, ID Facebook anda dihantar dengan selamat dan digunakan untuk menjadikan pengalaman anda konsisten merentas aplikasi komputer dan mudah alih anda serta produk AVG lain. Jika anda memilih untuk membiarkan AVG PrivacyFix memantau privasi anda di Facebook, kami menyimpan dan menggunakan hanya maklumat yang diperlukan untuk melakukannya. Jika anda kemudiannya membuat keputusan untuk membatalkan akses kami kepada akaun Facebook anda, kami akan menghapuskan maklumat ini dengan segera dari pelayan kami.
Klik di sini untuk membaca Dasar Privasi AVG yang lengkap.
Terma
Kami berusaha keras untuk menjadikan AVG PrivacyFix benar-benar berguna kepada anda. Berikut perkara yang kami perlukan daripada anda:
1. Bersikap adil. Sila minta kebenaran sebelum anda menggunakan atau mengedarkan semula sebarang kod atau data yang telah kami bangunkan atau pilih susun. Kami sangat terbuka dalam pelesenan percuma untuk aplikasi privasi bukan komersial (data kami menguasakan setengah dozen projek sumber terbuka). Hubungi kami dan kami berbesar hati bekerjasama dengan anda secara percuma. Jika anda membangunkan aplikasi komersial, anda boleh membeli akses kepada API kami yang kami jamin lebih murah daripada memilih susun data itu sendiri. Kami mengekalkan hak cipta dalam kerja serta tanda dagangan kami, termasuk PrivacyFix, PrivacyChoice dan Privacyscore.
2. Akan ada kesilapan. AVG PrivacyFix adalah percuma dan ditawarkan “sebagaimana sedia ada”, tanpa waranti atau jaminan dalam apa jua bentuk. Mungkin terdapat ralat dalam perkhidmatan kami atau dalam penilaian kami tentang status dan tetapan privasi anda. Kami tidak dapat menjamin bahawa perkhidmatan ini akan menyingkirkan atau mengawal pengumpulan, penggunaan atau perkongsian maklumat dalam talian anda. Kami tidak menyediakan nasihat undang-undang dan anda tidak seharusnya bergantung pada perkhidmatan kami untuk perkara perundangan.
3. Tiada janji. Privacyfix disediakan sebagaimana adanya, tanpa sebarang wakil atau waranti, secara jelas atau tersirat, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan yang tersirat, kesesuaian untuk tujuan tertentu, hak milik dan bukan pelanggaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap anda (sama ada di bawah undang-undang kontrak, undang-undang tort atau sebaliknya) berhubung tapak web ini bagi sebarang kerugian langsung, tidak langsung, khas atau turutan; atau bagi sebarang kerugian perniagaan, kerugian hasil, pendapatan, keuntungan, atau penjimatan yang dijangkakan, kehilangan kontrak, perhubungan perniagaan, kehilangan reputasi atau nama baik atau kehilangan atau kerosakan maklumat atau data.
4. Peraturan ini turut dikenakan. Terma ini dan penggunaan perkhidmatan ini dikawal oleh undang-undang California sepenuhnya. Sebarang tindakan berhubung penggunaan perkhidmatan ini boleh dimulakan hanya di Santa Cruz County, California. Orang di bawah umur tidak layak menggunakan perkhidmatan ini dan kami minta supaya mereka tidak menyerahkan sebarang maklumat peribadi kepada kami. Kami berhak menafikan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja dan menamatkan akses kepada perkhidmatan kami pada bila-bila masa.