Versi 1.4 (07/07/17)
Perjanjian Lesen Pengguna Akhir
Sila baca terma dan syarat Perjanjian Lesen Pengguna Akhir ini (“Perjanjian”) dengan teliti sebelum menggunakan Penyelesaian (seperti yang ditakrifkan di bawah). Ini adalah ikatan kontrak perjanjian secara sah dengan Avast Software s.r.o. (sebuah syarikat yang dibentuk di bawah undang-undang Republik Czech) berhubung Penyelesaian yang berjenama “AVAST”, AVG Netherlands BV (sebuah syarikat yang dibentuk di bawah undang-undang Belanda) berhubung Penyelesaian yang berjenama “AVG” atau Privax Limited (sebuah syarikat yang dibentuk di bawah undang-undang England dan Wales) berhubung Penyelesaian yang berjenama “HIDE MY ASS!” atau “HMA!” (Avast Software s.r.o., AVG Netherlands BV dan Privax Limited, yang berkenaan, secara berasingan “Vendor”). Dengan menyatakan persetujuan secara elektronik, memasang Penyelesaian atau menggunakan Penyelesaian ini, anda menerima semua terma dan syarat Perjanjian ini bagi pihak diri sendiri dan mana-mana entiti atau individu yang anda wakili atau untuk pemilik Peranti yang anda dapatkan Penyelesaian daripada Vendor (secara kolektifnya “anda”). Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian ini, jangan teruskan proses pemasangan dan hapuskan atau memusnahkan semua salinan Penyelesaian dalam simpanan anda.
Perjanjian ini berkaitan dengan penggunaan perisian atau perkhidmatan tertentu (termasuk apa-apa peningkatan atau pengemaskinian dengannya) yang diberikan oleh Vendor (setiap satu “Penyelesaian”) dan mana-mana Dokumentasi yang berkaitan. Dalam Perjanjian ini, “Dokumentasi” bermaksud mana-mana manual pengguna dan arahan yang Vendor sertakan dengan Penyelesaian; dan “Syarat Berkaitan” bermaksud secara kolektif Terma Langganan bersama dengan jenis Peranti, Bilangan Peranti Yang Dibenarkan, had lain yang dinyatakan oleh Seksyen 2, Dokumentasi atau dokumen transaksi di mana anda mendapatkan Penyelesaian. Perjanjian ini mengatasi dan menggantikan mana-mana perjanjian lain yang dibuat sebelum ini berhubung dengan versi Penyelesaian terdahulu.
Vendor boleh meminda Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis kepada anda selaras dengan Perjanjian ini dan penggunaan berterusan anda atau keputusan untuk tidak meminta bayaran balik bagi sebarang Penyelesaian pada bila-bila masa sekurang-kurangnya 30 hari selepas tarikh notis akan bermaksud anda menerima pindaan Perjanjian ini. Vendor boleh meminta anda supaya menerima Perjanjian yang dipinda ini untuk meneruskan penggunaan Penyelesaian yang telah anda beli sebelum ini. Jika anda menolak untuk menerima pindaan Perjanjian ini, Vendor boleh menamatkan penggunaan anda terhadap Penyelesaian yang berkenaan, di mana anda boleh mendapatkan bayaran balik bagi Bayaran Penyelesaian (pro rata bagi bahagian Terma Langganan yang belum tamat atau yang tidak digunakan) dengan mengikuti arahan di https://www.avast.com/en-us/faq.php?article=AVKB24#idt_0440 (Vendor iala Avast Software s.r.o) or https://support.avg.com/SupportArticleView?l=en&urlName=What-is-AVG-refund-policy (where Vendor is AVG Netherlands BV) or http://www.hidemyass.com/legal/refunds (Vendor ialah Privax Limited).
1. Lesen
Vendor memberi anda lesen bukan eksklusif untuk menggunakan Penyelesaian dan Dokumentasi untuk tempoh yang dipersetujui yang dinyatakan dalam Syarat Berkaitan, termasuk sebarang lanjutan atau pembaharuan (“Terma Langganan”), dengan syarat anda bersetuju menerima terma dan syarat Perjanjian ini.
2. Penggunaan Penyelesaian yang dibenarkan
2.1. Anda boleh memasang dan menggunakan Penyelesaian pada, atau untuk menyokong, sehingga bilangan (“Bilangan Peranti yang Dibenarkan”) telefon mudah alih, telefon pintar, tablet, peralatan rangkaian mudah alih, peranti mudah alih yang lain, (setiap satu “Peranti Mudah Alih”), komputer peribadi. peranti yang disambungkan kepada Internet atau peranti lain yang dipersetujui yang serasi dengan Penyelesaian (setiap satu, termasuk setiap Peranti Mudah Alih, satu “Peranti”) yang dinyatakan dalam Syarat Berkaitan secara eksklusif:
2.1.1. Dalam hal Penyelesaian di mana Vendor memperuntukkan untuk penggunaan korporat, komersial atau perniagaan (setiap satu, “Penyelesaian”), oleh anda atau affiliate anda (entiti yang mengawal anda, dikawal oleh anda atau di bawah kawalan yang sama dengan anda) untuk tujuan perniagaan dalaman. Sekiranya terdapat sebarang penggunaan Penyelesaian Perniagaan oleh affiliate anda, anda bertanggungjawab terhadap kepatuhan affiliate anda dengan Perjanjian ini dan pelanggaran oleh affiliate akan dianggap pelanggaran oleh anda. Mana-mana kewajipan Vendor di bawah Perjanjian ini perlu dilaksanakan hanya kepada anda dan bukan affiliate anda yang menggunakan Penyelesaian Perniagaan di bawah Perjanjian ini.
2.1.2. Dalam hal semua Penyelesaian lain (setiap satu “Penyelesaian Pengguna”), oleh anda atau ahli keluarga anda untuk tujuan peribadi, bukan komersial.
2.2. Anda turut boleh membuat satu salinan sandaran Penyelesaian.
2.3. Anda boleh memasang dan menggunakan Penyelesaian pada satu atau beberapa pelayan fail untuk digunakan pada satu rangkaian kawasan setempat dengan syarat Penyelesaian ini dikonfigurasikan untuk kegunaan rangkaian bagi satu (tetapi bukan kedua-duanya) daripada tujuan berikut:
2.3.1. Sama ada pemasangan tetap Penyelesaian ke cakera keras atau peranti storan lain sehingga Bilangan Peranti yang Dibenarkan atau
2.3.2. Penggunaan Penyelesaian pada rangkaian kawasan setempat seumpamanya, dengan syarat bilangan Peranti berlainan yang menggunakan Penyelesaian tidak melebihi Bilangan Peranti yang Dibenarkan.
2.4. PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PENYELESAIAN SELAIN DARIPADA YANG DIBENARKAN SECARA JELAS OLEH SEKSYEN INI ATAU SEBARANG PENJUALAN SEMULA ATAU PENGEDARAN SELANJUTNYA BAGI PENYELESAIAN MERUPAKAN PELANGGARAN BAHAN BAGI PERJANJIAN INI DAN MUNGKIN MELANGGAR UNDANG-UNDANG HAK CIPTA YANG BERKAITAN.
3. Naik taraf dan kemas kini
Vendor, dari semasa ke semasa sewaktu Terma Langganan berkuat kuasa dan tanpa kebenaran atau keizinan anda yang berasingan, boleh menggunakan kemas kini atau penggantian untuk sebarang Penyelesaian dan akibat daripada penggunaan tersebut, anda mungkin tidak dapat menggunakan Penyelesaian atau Peranti yang berkaitan (atau fungsi Peranti yang tertentu) sehingga kemas kini dipasang sepenuhnya atau diaktifkan. Kemas kini akan dianggap sebagai sebahagian daripada Penyelesaian untuk semua tujuan di bawah Perjanjian ini. Kemas kini boleh menyertakan kedua-dua tambahan dan pengeluaran mana-mana ciri atau fungsi tertentu yang ditawarkan oleh Penyelesaian atau boleh menggantikannya secara keseluruhan dan Vendor akan menentukan kandungan, ciri serta fungsi Penyelesaian yang dikemas kini tersebut mengikut budi bicaranya semata-mata. Vendor atau Peranti anda tidak perlu menawarkan anda pilihan untuk menolak atau menangguhkan kemas kini tetapi dalam apa jua keadaan, anda perlu memuat turun dan membenarkan pemasangan semua kemas kini yang tersedia untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada Penyelesaian. Vendor boleh berhenti menyediakan sokongan untuk Penyelesaian sehingga anda menerima dan memasang semua kemas kini. Vendor akan menentukan waktu dan sama ada kemas kini itu sesuai mengikut budi bicaranya semata-mata dan tidak wajib menyediakan sebarang kemas kini kepada anda. Vendor mengikut budi bicaranya semata-mata, boleh berhenti menyediakan kemas kini untuk sebarang versi Penyelesaian selain daripada versi terbaru atau kemas kini yang menyokong penggunaan Penyelesaian berhubung dengan mana-mana versi sistem pengendalian, program e-mel, program pelayar dan perisian lain yang dengannya Penyelesaian direka untuk dikendalikan.
4. Hak pemilikan
4.1. Penyelesaian dan Dokumentasi adalah harta intelek Vendor dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta yang berkenaan, peruntukan perjanjian antarabangsa dan undang-undang lain yang berkenaan di negara tempat Penyelesaian digunakan. Struktur, organisasi dan kod Penyelesaian adalah rahsia perdagangan berharga dan maklumat sulit Vendor. Setakat anda berikan sebarang komen atau cadangan tentang Penyelesaian kepada Vendor, anda memberikan Vendor hak dan lesen untuk menyimpan dan menggunakan sebarang komen atau cadangan itu dalam produk atau perkhidmatan semasa atau masa hadapan, tanpa sebarang bayaran pampasan kepada anda dan tanpa kelulusan anda terhadap simpanan atau penggunaan tersebut.
4.2. Kecuali seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, pemilikan, pemasangan dan penggunaan anda terhadap Penyelesaian tidak memberikan apa-apa hak atau hakmilik kepada mana-mana hak harta intelek dalam Penyelesaian atau Dokumentasi. Semua hak terhadap Penyelesaian dan Dokumentasi, termasuk semua hak cipta, paten, hak rahsia perdagangan, tanda dagangan dan hak harta intelek lain yang berkaitan adalah terpelihara oleh Vendor.
5. Sekatan
5.1. Anda tidak boleh menyalin atau menggunakan Penyelesaian atau Dokumentasi kecuali seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Perjanjian ini. Anda tidak boleh dan tidak boleh membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk: (i) menggunakan sebarang nombor lesen, kombinasi nama pengguna/kata laluan atau kod atau nombor pengesahan lain yang diberikan oleh Vendor sehubungan dengan mana-mana Penyelesaian pada atau untuk lebih daripada bilangan Peranti yang dinyatakan oleh Syarat Berkaitan; (ii) mendedahkan sebarang nombor lesen, gabungan nama pengguna/kata laluan atau kod atau nombor pengesahan lain kepada mana-mana pihak selain daripada Vendor atau wakil yang ditetapkan oleh Vendor; (iii) kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan jelas oleh undang-undang, (A) kejuruteraan berbalik, menyahhimpun, menyahkompil, menterjemah, membina semula, mengubah atau mengekstrak mana-mana Penyelesaian atau mana-mana bahagian Penyelesaian (termasuk tanpa had, sebarang tandatangan perisian merbahaya yang berkaitan dan rutin pengesanan perisian merbahaya) atau (B) menukar, mengubah suai atau sebaliknya meminda mana-mana Penyelesaian (termasuk tanpa had, sebarang tandatangan perisian merbahaya yang berkaitan dan rutin pengesanan perisian merbahaya); (iv) menerbitkan, menjual semula, mengedar, menyiarkan, menghantar, berkomunikasi, memindahkan, mencagarkan, menyewa, berkongsi atau memberi sublesen mana-mana Penyelesaian; (v) kecuali dibenarkan dengan jelas oleh Perjanjian ini atau Syarat Berkaitan, penggunaan mana-mana Penyelesaian untuk mengurus kemudahan pihak ketiga atau memberikan akses atau kebenaran menggunakan mana-mana Penyelesaian kepada pihak ketiga pada biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkhidmatan langganan atau pembekal perkhidmatan aplikasi atau asas lain yang serupa; (vi) menggunakan mana-mana Penyelesaian untuk memberikan atau membina produk atau perkhidmatan yang bersaing dengan Penyelesaian; (vii) menggunakan mana-mana Penyelesaian dalam cara yang melanggar dasar guna boleh terima Vendor yang diterbitkan; (viii) menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana Penyelesaian untuk memuat naik, menyimpan atau menghantar sebarang data, maklumat atau bahan yang: melanggar hak harta intelek atau hak pihak ketiga yang lain; mengandungi sebarang bahan yang melanggar undang-undang, berbahaya, mengancam, berbahasa kesat, memfitnah atau bahan yang tidak boleh diterima dalam apa jua bentuk; atau sebaliknya merosakkan, melumpuhkan atau mencacatkan operasi Penyelesaian dalam apa jua cara; (ix) mendapatkan atau cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada mana-mana Penyelesaian atau kepada rangkaian yang bersambung dengannya, atau kepada kandungan yang disimpan atau dihantar menerusinya, dengan apa jua cara, termasuk dengan cara menggodam, menipu, atau berusaha untuk memintas atau mengatasi mana-mana firewall atau lain-lain perlindungan teknologi atau lain-lain atau langkah-langkah keselamatan; (x) menguji atau melakukan penanda aras, atau mendedahkan atau menerbitkan hasil pengujian atau penanda aras, untuk sebarang Penyelesaian tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Vendor terlebih dahulu; atau (xi) menggagalkan atau memintas, cuba untuk menggagalkan atau memintas, atau membenarkan atau membantu mana-mana pihak ketiga untuk menggagalkan atau memintas kawalan ke atas pemasangan atau penggunaan salinan mana-mana Penyelesaian.
5.2. Penyelesaian tertentu memberikan anda atau pengguna lain keistimewaan pentadbiran yang, antara lainnya, boleh membenarkan pentadbir memantau Peranti lain dan/atau status Penyelesaian yang digunakan pada Peranti lain, termasuk contohnya, status langganan, pemberitahuan dan mesej Penyelesaian. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda akan menggunakan keistimewaan pentadbir hanya berhubung Peranti dan Penyelesaian yang anda telah diberi kebenaran dan bukan untuk tujuan lain. Anda turut menyatakan dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima Perjanjian ini dan memasang Penyelesaian pada Peranti bagi pihak pemilik dan pengguna Peranti yang ditadbir itu dan dengan ini menerima Perjanjian ini bagi pihak mereka.
5.3. Penyelesaian tertentu mungkin membolehkan anda menerbitkan atau mengongsi secara terbuka dengan orang lain kandungan yang telah anda hasilkan atau peroleh daripada sumber lain (“Kandungan Pengguna”). Anda mengekalkan sebarang dan semua hak harta intelektual yang telah anda miliki di bawah undang-undang berkaitan dalam Kandungan Pengguna yang anda terbitkan dan kongsi menerusi Penyelesaian, tertakluk pada hak, lesen dan terma lain Perjanjian ini, termasuk sebarang hak asas orang lain dalam sebarang Kandungan Pengguna yang anda boleh gunakan atau ubah suai. Anda memberi Vendor, hak dan lesen tidak eksklusif, tidak terbatas, tanpa syarat, tanpa had, di seluruh dunia, tidak boleh ditarik balik, berterusan dan bebas royalti untuk menggunakan, menyalin, merekodkan, mengedar, menghasilkan semula, mendedahkan, menjual, menjual semula, memberi sublesen (menerusi pelbagai peringkat), mengubah suai, memaparkan, menyiarkan secara terbuka, menghantar, menerbitkan, menyiarkan, menterjemah, membuat kerja terbitan dan mengeksploitasi dalam apa jua cara sekalipun, semua atau mana-mana bahagian Kandungan Pengguna yang anda terbitkan atau kongsi melalui Penyelesaian (dan kerja-kerja terbitan daripadanya), semata-mata bagi tujuan menyediakan Penyelesaian kepada anda di bawah Perjanjian ini. Setiap kali anda menerbitkan atau berkongsi sebarang Kandungan Pengguna, anda menyatakan dan memberi jaminan bahawa anda sekurang-kurangnya berumur dewasa di negeri tempat anda tinggal dan merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah atau memiliki semua keizinan sewajarnya daripada ibu bapa atau penjaga yang sah, bagi mana-mana pengguna di bawah umur yang digambarkan di dalam atau menyumbang kepada mana-mana Kandungan Pengguna yang anda terbitkan atau kongsi dan berhubung dengan Kandungan Pengguna itu: (i) anda pengarang dan pemilik tunggal harta intelektual tersebut dan hak lain ke atas Kandungan Pengguna tersebut atau anda memiliki hak mengikut undang-undang untuk menerbitkan atau berkongsi Kandungan Pengguna tersebut dan memberikan hak kepada Vendor untuk menggunakannya seperti yang diterangkan dalam bahagian ini, semuanya tanpa sebarang kewajipan kepada Vendor untuk mendapatkan keizinan mana-mana pihak ketiga dan tanpa mewujudkan sebarang kewajipan atau liabiliti kepada Vendor; (ii) Kandungan Pengguna tersebut tepat; (iii) Kandungan Pengguna tersebut tidak dan, mengenai kegunaan yang dibenarkan dan eksploitasi Vendor yang ditetapkan dalam Perjanjian ini, tidak akan melanggar mana-mana harta intelektual atau hak lain mana-mana pihak ketiga; dan (iv) Kandungan Pengguna tersebut tidak akan melanggar Perjanjian ini atau menyebabkan kecederaan atau bahaya kepada sesiapa.
6. Waranti terhad; penafian dan pengecualian liabiliti
6.1. Tertakluk kepada syarat selebihnya dalam Seksyen 6, Vendor memberi jaminan kepada anda bahawa Penyelesaian akan berfungsi atau akan dilaksanakan mengikut Dokumentasi untuk tempoh tiga puluh (30) hari selepas penerimaan awal Penyelesaian anda. Untuk membuat tuntutan waranti, anda perlu mengikut arahan yang disediakan oleh tempat anda membeli Penyelesaian tersebut. Jika Penyelesaian itu tidak berfungsi mengikut Dokumentasi, liabiliti keseluruhan dan eksklusif Vendor dan pengedar dan ejen-ejennya dan remedi tunggal dan eksklusif anda akan terhad kepada, atas pilihan Vendor, sama ada: (i) penggantian Penyelesaian; atau (ii) pengembalian Penyelesaian untuk mendapatkan bayaran balik bayaran dan caj yang anda bayar untuk Penyelesaian tersebut (“Bayaran”). Waranti ini hanya terpakai untuk Penyelesaian seperti penghantaran asal dan tidak terpakai kepada kemas kini atau kecacatan yang disebabkan oleh gabungan, pengendalian atau penggunaan Penyelesaian dengan perisian, perkakasan atau bahan lain yang tidak disediakan oleh Vendor atau oleh Peranti, perisian atau bahan lain yang tidak mematuhi keperluan Vendor yang ditetapkan dalam Dokumentasi.
6.2. VENDOR DAN PENGEDAR DAN EJENNYA TIDAK MENJAMIN PRESTASI ATAU HASIL YANG ANDA PEROLEH DENGAN MENGGUNAKAN SEBARANG PENYELESAIAN ATAU DOKUMENTASI. PENYELESAIAN DI SEKSYEN INI MENYATAKAN SATU-SATUNYA PENYELESAIAN DAN PENYELESAIAN EKSKLUSIF UNTUK PELANGGARAN WARANTI VENDOR ATAU PENGEDAR ATAU EJENNYA. KECUALI UNTUK WARANTI TERHAD YANG DISEBUT DI ATAS, PENYELESAIAN INI DISEDIAKAN “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN VENDOR DAN PENGEDAR DAN EJENNYA TIDAK MEMBERI JAMINAN ATAU SYARAT SECARA NYATA ATAU TERSIRAT DAN, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, MENAFIKAN APA-APA DAN SEMUA SYARAT DAN WARANTI TERSIRAT OLEH STATUT, UNDANG-UNDANG BIASA, PERUNDANGAN ATAU TEORI UNDANG-UNDANG LAIN, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN TERSIRAT ATAU SYARAT BUKAN PELANGGARAN HAK PIHAK KETIGA, KEBOLEHDAGANGAN, KUALITI SESUAI ATAU KESESUAIAN UNTUK SEBARANG TUJUAN TERTENTU. VENDOR TIDAK MEMBERI JAMINAN BAHAWA OPERASI PENYELESAIAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT, BAHAWA PENYELESAIAN AKAN BERFUNGSI DENGAN BETUL PADA SEBARANG PERANTI ATAU DENGAN SEBARANG KONFIGURASI PERKAKASAN DAN/ATAU PERISIAN TERTENTU ATAU PENYELESAIAN AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN SEPENUHNYA PADA INTEGRITI DATA YANG DIPILIH, MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DISIMPAN ATAU DIHANTAR MELALUI INTERNET.
6.3. WALAU APA PUN PERUNTUKAN LAIN DALAM PERJANJIAN INI, SEMUA PENYELESAIAN DISEDIAKAN UNTUK ANDA TANPA BAYARAN (TERMASUK PENYELESAIAN YANG DISEDIAKAN SEBAGAI PENYELESAIAN “PERCUMA”, “PERCUBAAN” ATAU “BETA”) DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEPERTI ADANYA”, “DENGAN SEMUA KEROSAKAN” DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA”, TANPA SEBARANG JENIS WARANTI DAN TANPA SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN OLEH VENDOR.
6.4. Vendor menafikan semua liabiliti untuk Penyelesaian, termasuk apa-apa kerugian atau liabiliti yang disebabkan oleh data yang hilang atau terjejas disebabkan oleh Penyelesaian. Vendor tidak membuat sebarang jaminan bahawa data anda akan disimpan dengan selamat. Penyelesaian boleh membuat perubahan kepada Peranti anda yang boleh menjejaskan fungsinya, seperti memadam sistem atau fail aplikasi yang dikenal pasti (dengan betul atau salah) oleh Penyelesaian sebagai dijangkiti. Anda mengakui dan bersetuju dengan perubahan tersebut kepada Peranti anda yang mungkin berlaku akibat daripada penggunaan Penyelesaian. Penyelesaian ini tidak tahan rosak dan oleh sebab itu, tidak direka untuk digunakan dalam persekitaran yang berbahaya yang memerlukan prestasi pasti selamat.
6.5. SEHINGGA TAHAP SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, VENDOR ATAU MANA-MANA SYARIKAT YANG MENGAWAL, DIKAWAL OLEH ATAU DI BAWAH KAWALAN YANG SAMA DENGAN VENDOR (SECARA KOLEKTIFNYA “KUMPULAN VENDOR”) ATAU EJEN, PEMBERI LESEN, WAKIL, PEMBEKAL, PENGEDAR, PENJUAL SEMULA, RANGKAIAN PEMBAWA WAYARLES YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN TERSEBUT DISEDIAKAN ATAU RAKAN NIAGANYA YANG LAIN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA DALAM APA JUA KEADAAN TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, LANJUTAN, SAMPINGAN, PUNITIF ATAU KHAS, TANPA MENGAMBIL KIRA SEBAB ATAU TEORI LIABILITI, ATAU SEBARANG KEROSAKAN (SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG) YANG DITANGGUNG AKIBAT KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL PERNIAGAAN, KEHILANGAN PRIVASI, KEHILANGAN PENGGUNAAN SEBARANG PERANTI ATAU PENYELESAIAN (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA PENYELESAIAN), KOS PEMEROLEHAN GANTIAN ATAU PENGGANTIAN BARANG DAN PERKHIDMATAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN ATAU KERUGIAN WANG LAIN YANG TIMBUL DARIPADA PERJANJIAN INI ATAU PENYELESAIAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI, WALAUPUN JIKA VENDOR TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN. AHLI KUMPULAN VENDOR TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG AKSES TANPA KEBENARAN KEPADA ATAU SEBARANG KEROSAKAN, PEMADAMAN, KECURIAN, KEMUSNAHAN, PENGUBAHSUAIAN, PENDEDAHAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, MAKLUMAT ATAU KANDUNGAN YANG DIHANTAR, DITERIMA ATAU DISIMPAN OLEH ATAU BERHUBUNG DENGAN PENYELESAIAN WALAU APA JUGA PUNCANYA. SEHINGGA TAHAP SEPENUHNYA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, VENDOR, MANA-MANA AHLI KUMPULAN VENDOR ATAU PENGEDAR ATAU AGENNYA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DALAM APA JUA KEADAAN BAGI SEBARANG KEROSAKAN MELEBIHI LIMA DOLAR AS (AS$ 5.00) ATAU JUMLAH BAYARAN YANG ANDA BAYAR UNTUK MENDAPATKAN PENYELESAIAN UNTUK TERMA LANGGANAN YANG BERKAITAN.
6.6. PENGECUALIAN DAN HAD LIABILITI VENDOR, AHLI KUMPULAN VENDOR DAN PENGEDARNYA DAN EJENNYA YANG DISEBUT DI ATAS TIDAK MENGEHADKAN KEMUNGKINAN LIABILITI KE ATAS KEMATIAN, KECEDERAAN DIRI ATAU PENIPUAN MELEBIHI TAHAP YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN.
7. Privasi; pemprosesan maklumat peribadi
7.1. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Penyelesaian boleh berkomunikasi secara automatik dengan teknologi berasaskan awan milik Vendor untuk berfungsi dan untuk menjadikan Penyelesaian dan produk serta perkhidmatan Vendor yang lain lebih efektif. Anda boleh menarik balik keizinan kepada komunikasi tersebut hanya dengan menyahpasang Penyelesaian.
7.2. Vendor memproses maklumat dan data tertentu (yang mungkin termasuk maklumat peribadi dan/atau data peribadi) yang berkaitan dengan: (i) pengguna Penyelesaian dan/atau sebarang Peranti yang menggunakan Penyelesaian; (ii) Penyelesaian dan/atau sebarang Peranti yang menggunakan Penyelesaian; mengikut dasar privasi Vendor di www.avast.com (di mana Vendornya ialah Avast Software s.r.o), www.avg.com (di mana Vendornya ialah AVG Netherlands BV) atau www.hidemyass.com (di mana Vendornya ialah Privax Limited).
8. Penamatan
Perjanjian ini akan ditamatkan serta-merta apabila anda melanggar apa-apa kewajipan yang terkandung di dalam ini (termasuk sebarang pelanggaran kewajipan anda dalam Seksyen 2, 5 atau 9 yang akan menyebabkan pelucuthakan apa-apa hak yang mungkin anda miliki untuk menerima kemas kini Penyelesaian atau bayaran balik Bayaran). Vendor berhak mendapatkan sebarang penyelesaian lain yang terdapat di bawah undang-undang sekiranya pelanggaran anda terhadap Perjanjian ini memberi kesan buruk terhadap Vendor atau pengedar atau ejennya. Batasan liabiliti dan penafian jaminan dan liabiliti untuk ganti rugi yang terkandung di sini akan terus dilaksanakan selepas penamatan Perjanjian ini. Tiada peruntukan di sini akan dianggap diketepikan melainkan penepian itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Vendor. Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini dianggap tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan Perjanjian ini yang selebihnya hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
9. Hak terhad Kerajaan A.S
Semua Penyelesaian yang layak sebagai “barangan komersial”, sebagai istilah yang didefinisikan dalam 48 C.F.R. 2.101, yang terdiri daripada “perisian komputer komersial” dan “dokumentasi perisian komputer komersial” sebagai terma yang digunakan dalam 48 C.F.R. 12.212. Selaras dengan 48 C.F.R. 12.212 dan 48 C.F.R. 227.7202-1 melalui 227.7202-4, semua pengguna akhir Kerajaan A.S yang memperoleh Penyelesaian itu dan Dokumentasi yang berkaitan dengan hak-hak yang dinyatakan di sini yang terpakai kepada pelanggan bukan kerajaan. Penggunaan Penyelesaian tersebut dan Dokumentasi yang berkaitan merupakan persetujuan oleh entiti kerajaan bahawa perisian komputer dan dokumentasi perisian komputer adalah komersial dan merupakan penerimaan hak dan sekatan di sini.
10. Kawalan eksport
Anda hendaklah mematuhi semua undang-undang antarabangsa dan A.S. yang berkenaan yang mengawal eksport dan eksport semula Penyelesaian ini, termasuk Peraturan Pentadbiran Eksport A.S. serta pengguna akhir, kegunaan akhir dan sekatan destinasi yang dikeluarkan oleh A.S. dan kerajaan lain. Tanpa menyimpang daripada keluasan makna yang terdahulu: (i) anda menjelaskan bahawa anda bukan ahli daripada mana-mana senarai orang yang dinafikan, senarai yang tidak disahkan, senarai entiti, senarai warga yang dikhaskan, senarai dihalang atau lain-lain senarai yang diterbitkan oleh Kerajaan A.S., dan (ii) anda tidak akan menggunakan, mengeksport atau mengeksport semula Penyelesaian kepada pengganas, destinasi, syarikat atau individu yang melanggar embargo A.S. dan E.U. atau sekatan perdagangan. Anda akan menanggung rugi, mempertahankan dan tidak menganggap Vendor bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan, permintaan, saman atau prosiding, dan semua kerugian, liabiliti, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi Seksyen 10 ini.
11. Perjanjian Timbang Tara Yang Mengikat Dan Penepian Tindakan Mahkamah
11.1. Seksyen 11 ini diguna pakai untuk sebarang Pertikaian yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Penyelesaian atau Perjanjian ini dan melibatkan anda dan mana-mana syarikat Kumpulan Vendor. “Pertikaian”, bagi tujuan Seksyen 11 ini bermaksud sebarang pertikaian, tindakan atau kontroversi lain tanpa mengira kuasa tindakan tertentu yang ditegaskan (misalnya ia merangkumi, antara kemungkinan sebarang kuasa tindakan lain atau asas undang-undang, tuntutan terhadap pelanggaran kontrak, penipuan dan pelanggaran statut atau peraturan).
11.2. Sekiranya berlaku Pertikaian, anda harus memberi notis Pertikaian kepada Vendor, iaitu kenyataan bertulis bagi nama, alamat, maklumat hubungan pihak yang memberinya, fakta yang menimbulkan Pertikaian dan pelepasan yang diminta. Anda hendaklah menghantar sebarang Notis Pertikaian melalui e-mel kepada Vendor di legal@avast.com (menyatakan Subjek: Seksyen 11 Notis Pertikaian Di Bawah EULA).
11.3. SEBARANG PROSIDING UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MEMBUAT LITIGASI KE ATAS SEBARANG PERTIKAIAN DALAM MANA-MANA FORUM AKAN DILAKSANAKAN SEPENUHNYA SECARA INDIVIDU. ANDA TIDAK AKAN BERUSAHA UNTUK MEMPERDENGARKAN SEBARANG PERTIKAIAN SEBAGAI TINDAKAN KELAS, TINDAKAN PEGUAM PERIBADI ATAU DI MANA SALAH SATU PIHAK BERTINDAK ATAU BERCADANG UNTUK BERTINDAK DALAM KAPASITI WAKIL. TIADA TIMBANG TARA ATAU PROSIDING AKAN DIGABUNGKAN DENGAN YANG LAIN TANPA PERSETUJUAN AWAL SECARA BERTULIS DARIPADA SEMUA PIHAK TERHADAP SEMUA TIMBANG TARA ATAU PROSIDING YANG TERLIBAT.
11.4. Jika anda dan Vendor tidak dapat menyelesaikan sebarang Pertikaian melalui rundingan tidak rasmi, sebarang usaha lain untuk menyelesaikan Pertikaian itu akan dilaksanakan secara eksklusif oleh timbang tara yang mengikat dan dikawal oleh Akta Timbang Tara Persekutuan Amerika Syarikat (“FAA”), 9 U.S.C. § 1 et seq. Kecuali seperti yang disediakan di bawah, anda melepaskan semua hak untuk litigasi (atau mengambil bahagian dalam tindakan undang-undang sebagai pihak atau ahli kelas) semua Pertikaian di mahkamah di hadapan hakim atau juri. Sebaliknya, semua Pertikaian akan diselesaikan di hadapan penimbang tara yang berkecuali, di mana keputusannya akan dianggap muktamad kecuali bagi hak semakan semula kehakiman yang terhad di bawah FAA. Mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak itu boleh menguatkuasakan keputusan penimbang tara tersebut.
11.5. Keperluan timbangtara Seksyen 11 ini adalah tertakluk kepada pengecualian berikut:
11.5.1. Anda boleh membuat litigasi sebarang Pertikaian dalam mahkamah tuntutan kecil, dalam negara atau subdivisyen politik serupa yang lain di mana anda menetap, jika Pertikaian memenuhi semua keperluan untuk didengar dalam mahkamah tuntutan kecil. Jika anda memulakan tuntutan dalam mahkamah tuntutan kecil, anda bertanggungjawab terhadap semua kos dan bayaran mahkamah.
11.5.2. Semua Pertikaian berkenaan apa-apa dakwaan salah guna harta intelektual anda atau Vendor akan diselesaikan dalam mahkamah.
11.5.3. Jika anda bermastautin di Kesatuan Eropah dan anda membeli Penyelesaian daripada sayarikat Kumpulan Vendor berpangkalan di Kesatuan Eropah, anda berhak menyuarakan Pertikaian anda menerusi platform Internet untuk penyelesaian pertikaian dalam talian yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Eropah (“Platform ODR”). Platform ODR bertujuan untuk memudahkan penyelesaian di luar mahkamah yang berkaitan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian antara pengguna dan pedagang yang berpangkalan di Kesatuan Eropah. Anda boleh mendapatkan Platform ODR dengan mengikut pautan ini: http://ec.europa.eu/consumers/odr/.
11.6. Sebarang timbang tara akan dikawal oleh American Arbitration Association (“AAA”) menurut “Peraturan Timbang Tara Pengguna” AAA berkuat kuasa pada 1 September 2014, termasuk “Kos Timbang Tara (Termasuk Yuran Pentadbiran AAA)” berkuat kuasa 1 September 2014 (secara kolektifnya “Prosedur Pengguna”) dan akan tertakluk kepada perkara berikut:
11.6.1. Prosedur Pengguna menyediakan yuran tertentu, secara khusus memperuntukkan sebahagian kepada pengguna (anda) dan lain-lain pada perniagaan (Vendor). Jika tuntutan anda ialah US$75,000 atau kurang, Vendor akan membayar semua yuran dan kos yang dinyatakan tersebut, termasuk yang diperuntukkan kepada pengguna. Vendor tidak bersetuju untuk menanggung sebarang kos lain. Jika tuntutan anda lebih daripada US$75,000, Prosedur Pengguna akan mengawal pembayaran.
11.6.2. Kecuali seperti yang tersedia di bawah, Prosedur Pengguna AAA hendaklah digunakan pada apa-apa Pertikaian antara pihak-pihak. Walau bagaimanapun, menurut Peraturan Timbang Tara Pengguna R-1(e), satu pihak boleh membangkitkan permohonan Peraturan Timbang Tara Pengguna yang betul kepada penimbang tara untuk keputusan akhir. Perjanjian ini mengawal setakat ia bercanggah dengan Prosedur Pengguna. Anda bersetuju untuk memulakan timbang tara hanya di negara atau lain-lain pecah bahagian politik yang sama di tempat anda tinggal. Prosiding timbang tara akan dilaksanakan menerusi panggilan persidangan. Walau bagaimanapun, jika prosiding dilaksanakan menurut Prosedur Pengguna AAA, penimbang tara hendaklah mempunyai kuasa budi bicara untuk mengkehendaki perbicaraan secara bersemuka setelah permintaan pihak.
11.6.3. Anda dan Vendor bersetuju bahawa penggunaan AAA untuk mentadbir timbang tara tidak sepadu dengan perjanjian pihak-pihak untuk menimbang tara Pertikaian. Jika AAA yang tidak akan atau tidak boleh menjalankan timbang tara, anda dan Vendor hendaklah berunding dengan niat baik untuk bersetuju dengan seorang penimbang tara tunggal yang akan menyelesaikan Pertikaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Prosedur Pengguna. Jika pihak-pihak tidak boleh bersetuju dengan seorang penimbang tara, mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten boleh melantik seorang penimbang tara yang hendaklah mematuhi Prosedur Pengguna AAA.
11.6.4. Jika satu atau beberapa bahagian Seksyen 11 ini didapati menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan ke atas semua atau sebahagian daripada Pertikaian, maka, dan hanya dalam keadaan tersebut, bahagian tersebut akan diputuskan dan Pertikaian tersebut akan diselesaikan tertakluk pada semua baki bahagian Seksyen 11 ini dan peruntukan lain dalam Perjanjian ini. Jika keputusan pemberhentian itu dalam semua atau beberapa bahagian prosiding Pertikaian dalam mahkamah undang-undang, bidang kuasa eksklusif untuk sebarang prosiding mahkamah adalah mahkamah yang terdapat di daerah Santa Clara, California. Bagi tujuan sebarang prosiding mahkamah, anda memberi keizinan dan tidak akan mencabar, bidang kuasa peribadi mahkamah California ke atas anda dan anda seterusnya mengetepikan bantahan berdasarkan tempat yang tidak wajar atau forum tidak mudah dan tidak akan mendapatkan pindahan ke daerah atau bidang kuasa yang lain.
11.7. Walau apa pun perenggan yang terdahulu, jika anda membeli Penyelesaian untuk selain kegunaan peribadi atau di rumah, prosiding timbang tara, termasuk bayaran kos, akan ditadbir menurut Peraturan Timbang Tara Komersial AAA (“Prosedur Komersial”). Prosedur Komersial sewajarnya digunakan terhadap sebarang Pertikaian antara pihak dan anda tidak akan menyokong sebaliknya dalam sebarang prosiding. Walau bagaimanapun, Perjanjian ini mengawal setakat ia bercanggah dengan Prosedur Komersial.
12. Undang-undang yang mentadbir
Undang-undang Negeri California, tidak termasuk konflik peraturan undang-undangnya, mentadbir Perjanjian ini dan penggunaan anda terhadap Penyelesaian dan Dokumentasi. Penggunaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa ditolak secara nyata.
13. Umum
13.1. Perjanjian Lengkap. Perjanjian ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan Vendor berkaitan dengan penggunaan Penyelesaian dan Dokumentasi. Perjanjian ini menggantikan semua komunikasi, cadangan, kenyataan, waranti dan wakil terdahulu atau semasa secara lisan atau bertulis berhubung dengan penggunaan Penyelesaian atau Dokumentasi. Walau apa pun yang disebut di atas, tiada apa-apa dalam Perjanjian ini akan mengurangkan sebarang hak yang anda mungkin miliki di bawah undang-undang perlindungan pengguna sedia ada atau undang-undang berkaitan lain dalam bidang kuasa anda yang tidak boleh diketepikan oleh kontrak. Perjanjian ini, Syarat Berkaitan dan Dokumentasi, setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, akan ditafsirkan untuk menjadi konsisten antara satu sama lain, tetapi sekiranya berlaku konflik akan mengawal mengikut susunan yang berikut: (i) Syarat Berkaitan; (ii) Perjanjian ini; dan (iii) Dokumentasi.
13.2. Notis. Vendor boleh pada bila-bila masa menghantar sebarang notis kepada anda melalui mel elektronik, tetingkap timbul, kotak dialog atau cara lain, walaupun anda dalam hal-hal tertentu anda mungkin tidak menerima notis ini melainkan dan sehingga anda melancarkan Penyelesaian. Sebarang notis seperti itu akan dianggap telah dihantar pada tarikh Vendor menyediakannya untuk kali pertama melalui Penyelesaian, tanpa mengira bila sebenarnya anda menerimanya.
13.3. Pilihan Undang-undang. Pembinaan, kesahan dan prestasi Perjanjian ini dan semua kewajipan bukan kontrak yang timbul daripada atau yang berhubungan dengan Perjanjian ini akan dikawal oleh undang-undang Negara bagian California, A.S. tidak termasuk konflik prinsip undang-undangnya.
13.4. Tafsiran. Tajuk Perjanjian ini tidak menjejaskan tafsirannya. Penggunaan sebarang jantina termasuk semua jantina. Bentuk tunggal termasuk bentuk jamak dan sebaliknya. Di mana perkataan atau frasa ditentukan, bentuk tatabahasanya yang lain mempunyai maksud yang sepadan.
13.5. Kebolehasingan. Sekiranya sebarang peruntukan Perjanjian ini dianggap menyalahi undang-undang, tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkaitan, semua peruntukan lain Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
13.6. Kemustahilan. Vendor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam prestasi, kerana secara keseluruhan atau sebahagian, kegagalan utiliti (termasuk kuasa), kegagalan Internet, kegagalan telekomunikasi atau perkhidmatan teknologi maklumat, kegagalan telekomunikasi atau peralatan teknologi maklumat, mogok atau gangguan tenaga kerja yang lain (termasuk tanpa had, mogok atau lain-lain gangguan pekerja yang timbul berhubung mana-mana syarikat Kumpulan Vendor atau ejen, pemegang lesen, wakil, pembekal, pengedar, penjual semula dan rakan niaga mereka yang lain), peperangan atau keganasan, serangan penafian perkhidmatan atau serangan teknologi maklumat lain atau pelanggaran yang melibatkan Vendor, mana-mana anggota Kumpulan Vendor atau pembekal mereka, banjir, sabotaj, kebakaran, bencana alam, atau apa-apa sebab lain yang di luar kawalan munasabah Vendor.
13.7. Penepian. Kegagalan mana-mana pihak menuntut prestasi sebenar bagi mana-mana terma, syarat dan peruntukan dalam Perjanjian ini tidak boleh dianggap sebagai penepian atau pelepasan terhadap pematuhan Perjanjian pada masa akan datang, dan terma, syarat dan peruntukan Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Tiada penepian mana-mana terma atau syarat Perjanjian ini di sebelah mana-mana pihak akan berkuat kuasa untuk apa-apa tujuan sekalipun melainkan penepian sedemikian diberikan secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak tersebut. Penepian mana-mana pihak daripada pelanggaran mana-mana peruntukan Perjanjian ini oleh pihak yang lain tidak boleh dianggap sebagai penepian berterusan pelanggaran tersebut atau sebagai penepian pelanggaran lain bagi peruntukan yang sama atau peruntukan lain dalam Perjanjian ini.
13.8. Peruntukan. Anda tidak boleh memperuntukkan hak atau kewajipan anda di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan awal secara bertulis daripada Vendor. Vendor boleh memperuntukkan Perjanjian ini pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya semata-mata tanpa sebarang persetujuan awal secara bertulis daripada anda.
13.9. Pembinaan. Perjanjian ini tidak akan dikawal oleh Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu pada Kontrak untuk Jualan Barangan Peringkat Antarabangsa, permohonan yang dikecualikan dengan jelas. Sekiranya satu kesamaran atau persoalan niat atau tafsiran berlaku, dalam sebarang prosiding kehakiman atau sebaliknya, terma Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan sebagai telah digubal bersama oleh kedua-dua pihak dan tiada anggapan atau beban bukti akan timbul memihak atau tidak memihak mana-mana pihak menurut kuasa pengarang mana-mana peruntukan Perjanjian ini.
13.10. Tiada Benefisiari Pihak Ketiga. Perjanjian ini adalah bertujuan semata-mata untuk manfaat anda dan Vendor dan syarikat Kumpulan Vendor lain serta ejen, pemberi lesen, wakil, pembekal, pengedar, penjual semula dan rakan niaga mereka masing-masing. Tiada orang yang bukan pihak kepada Perjanjian ini boleh membawa kuasa tindakan mengikut Perjanjian ini sebagai benefisiari pihak ketiga.
13.11. Bahasa. Asalnya Perjanjian ini disediakan dalam bahasa Inggeris. Walaupun Vendor mungkin menyediakan satu atau beberapa versi terjemahan Perjanjian ini untuk kemudahan anda, versi bahasa Inggeris Perjanjian ini akan menjadi versi yang mengawal Perjanjian ini jika berlaku apa-apa konflik atau percanggahan.
13.12. Sambungan Internet. Penyelesaian tertentu mungkin memerlukan sambungan ke Internet yang aktif dan stabil untuk berfungsi. Oleh itu ia menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan yang anda mempunyai Sambungan Internet yang aktif dan stabil sepanjang masa.
13.13. Nama produk. Vendor berhak menukar nama Penyelesaiannya dari semasa ke semasa mengikut budi bicaranya semata-mata.
13.14. Maklumat Hubungan. Vendor boleh dihubungi seperti berikut:
13.14.1. Berhubung dengan CloudCare atau Managed Workplace, menurut arahan yang disiarkan di www.avg.com/support; dan
13.14.2. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Perjanjian ini atau ingin meminta apa-apa maklumat daripada Vendor, sila tulis kepada Avast Software s.r.o., Pikrtova 1737/1a, Prague 4, Postal Code 140 00, Czech Republic, e-mel: support@avast.com, tel.: +420 274 005 777 atau lawati laman sokongan kami di www.avast.com/support.
14. Terma Khas
Terma khas berikut terpakai kepada Penyelesaian tertentu. Sekiranya terma khas ini bercanggah dengan Perjanjian yang selebihnya, terma khas ini akan mengawal perkara yang berhubungan dengan Penyelesaian yang berkaitan.
14.1. Perisian, Perkhidmatan dan Produk Pihak Ketiga Yang Lain
Sesetengah Penyelesaian menawarkan anda peluang untuk mendapatkan perisian, perkhidmatan dan produk lain yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Anda memperakui bahawa pihak ketiga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penawarannya dan Vendor tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan yang melibatkan penawaran itu serta tidak menerima sebarang liabiliti berhubung perkara ini, dan sekiranya anda mendapatkan atau menggunakan mana-mana tawaran pihak ketiga ini, penawaran itu dan penggunaan anda terhadap tawaran tersebut akan dikawal oleh mana-mana perjanjian lesen, terma penggunaan, dasar privasi dan/atau terma dan syarat lain yang diperlukan oleh pihak ketiga.
14.2. Pembersihan Pelayar
Apabila anda memasang dan menggunakan alat tambah Pembersihan Pelayar (“BCU”), anda memberi kuasa kepada BCU untuk menukar tetapan pelayar anda yang sedia ada kepada tetapan pelayar baharu.
14.3. Aplikasi Mudah Alih
Seksyen 14.3 ini terpakai kepada Penyelesaian yang bertujuan untuk digunakan pada Peranti Mudah Alih.
14.3.1. Bagi Penyelesaian yang dimuat turun daripada Google Play (http://play.google.com), lesen yang diberikan oleh Perjanjian ini adalah sebagai ganti sebarang hak untuk menggunakan Penyelesaian yang sepatutnya akan diberikan oleh terma lalai untuk aplikasi yang dimuat turun daripada Gedung Google Play.
14.3.2. Untuk Penyelesaian yang dimuat turun daripada Apple App Store, terma berikut diguna pakai:
(a) Lesen yang diberikan oleh Perjanjian ini terhad kepada lesen yang tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan Penyelesaian pada mana-mana iPhone, iPod Touch atau Peranti lain yang dikuasakan oleh Apple yang anda miliki atau kawal dan sebagaimana yang dibenarkan oleh Peraturan Penggunaan yang ditetapkan dalam Terma Perkhidmatan Apple App Store, tersedia dalam talian di http://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/us/terms.html atau menerusi tapak sedemikian dan kaedah lain yang disediakan kepada anda oleh Apple.
(b) Perjanjian ini dimeterai hanya antara kedua-dua pihak dan bukan dengan Apple. Vendor, bukan Apple, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Penyelesaian dan kandungannya.
(c) Apple tiada kewajipan sama sekali untuk memberikan apa-apa perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan berhubung Penyelesaian.
(d) Jika Penyelesaian gagal menepati mana-mana waranti yang berkenaan, anda boleh memaklumkan kepada Apple dan Apple akan membayar balik harga pembelian untuk Penyelesaian itu kepada anda. Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkaitan, Apple tidak mempunyai sebarang kewajipan sama sekali sehubungan dengan Penyelesaian dan bahawa, antara anda, Vendor dan Apple, sebarang tuntutan, kerugian, liabiliti, kerosakan, kos atau perbelanjaan berpunca daripada sebarang kegagalan untuk mematuhi sebarang jaminan akan menjadi tanggungjawab Vendor sepenuhnya.
(e) Vendor, bukan Apple, bertanggungjawab menangani sebarang tuntutan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan Penyelesaian atau pemilikan anda dan/atau penggunaan Penyelesaian itu, termasuk tetapi tidak terhad kepada: (i) tuntutan liabiliti produk; (ii) sebarang tuntutan bahawa Penyelesaian gagal mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau peraturan yang berkaitan; dan (iii) tuntutan yang timbul di bawah perlindungan pengguna atau perundangan yang serupa.
(f) Sekiranya berlaku sebarang dakwaan pihak ketiga bahawa Penyelesaian atau pemilikan anda dan penggunaan Penyelesaian itu melanggar hak harta intelektual pihak ketiga itu, Vendor, bukan Apple, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyiasatan, pembelaan, pembayaran dan pelepasan sebarang dakwaan pelanggaran harta intelektual seumpama itu.
(g) Anda mesti mematuhi sebarang terma pihak ketiga yang berkenaan semasa menggunakan Penyelesaian. Sebagai contoh, untuk Penyelesaian VOIP, anda tidak boleh melanggar perjanjian perkhidmatan data wayarles anda semasa menggunakan Penyelesaian.
(h) Apple dan subsidiari Apple merupakan benefisiari pihak ketiga Perjanjian ini dan apabila anda menerima terma dan syarat Perjanjian ini, Apple berhak (dan akan dianggap telah menerima hak tersebut) menguatkuasakan Perjanjian ini terhadap anda sebagai benefisiari pihak ketiga.
14.3.3. Bagi Penyelesaian yang dimuat turun daripada Amazon Appstore, Amazon boleh menetapkan terma penggunaan pelanggan tertentu untuk Amazon Appstore sebagai “Terma EULA Lalai”. Terma EULA Lalai tersebut akan terpakai pada penggunaan anda terhadap Penyelesaian yang anda beli melalui Amazon Appstore. Terma EULA Lalai akan menentukan, antara perkara-perkara lain, bahawa Vendor ialah pemberi lesen Penyelesaian dan Amazon bukan satu pihak pada Perjanjian ini. Jika terdapat sebarang konflik antara Terma EULA lalai dan Perjanjian ini, maka setakat percanggahan sedemikian, Terma EULA lalai akan mengawal. Amazon tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab atau liabiliti yang berkaitan dengan pematuhan atau ketidakpatuhan oleh Vendor atau anda dengan Terma EULA Lalai.
14.4. WiFi Finder
WiFi Finder membolehkan penggunanya membantu pengguna lain untuk mendapatkan akses Internet menerusi perkongsian data tentang rangkaian Wi-Fi. Jika anda memilih untuk berkongsi data anda tentang rangkaian Wi-Fi anda dengan pengguna lain, anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anda tidak melanggar sebarang pihak ketiga yang berkaitan dengan rangkaian Wi-Fi tersebut. Vendor tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara terhadap pematuhan anda dengan terma dan syarat yang berkaitan dengan penggunaan sebarang rangkaian yang anda kongsi datanya.
14.5. CloudCare dan Managed Workplace. Seksyen 14.5 ini digunakan setakat Syarat Berkaitan membenarkan anda menggunakan CloudCare atau Managed Workplace dalam menyediakan Perkhidmatan MSP kepada Pihak Ketiga.
14.5.1. Seperti yang digunakan dalam Seksyen 14.5 ini:
(a) “Perkhidmatan Perniagaan AVG” bermaksud Perkhidmatan HD dan/atau Perkhidmatan NOC sebagaimana yang diperlukan oleh konteks.
(b) “Pelanggan” bermaksud pihak ketiga yang anda sediakan atau mahu menyediakan Perkhidmatan MSP.
(c) “Perkhidmatan HD” bermaksud perkhidmatan meja bantuan yang Vendor atau pembekal pihak ketiganya sediakan kepada anda untuk manfaat seorang atau beberapa orang Pelanggan, dalam setiap keadaan seperti yang diterangkan dalam Dokumentasi kerana Vendor mungkin memindanya dari semasa ke semasa.
(d) “Perkhidmatan MSP” bermaksud perkhidmatan terurus yang anda sediakan kepada Pelanggan anda menggunakan Penyelesaian (termasuk Perkhidmatan Perniagaan AVG yang berkenaan).
(e) “Perkhidmatan NOC” bermaksud perkhidmatan pemantauan dan pengurusan Peranti jauh yang Vendor atau pembekal pihak ketiganya sediakan kepada anda untuk manfaat seorang atau beberapa orang Pelanggan, dalam setiap keadaan seperti yang diterangkan dalam Dokumentasi kerana Vendor mungkin memindanya dari semasa ke semasa.
(f) “Perjanjian Perkhidmatan” bermaksud perjanjian antara anda dan Pelanggan yang, antara lainnya, menerangkan dengan jelas perkhidmatan yang anda setuju sediakan untuk Pelanggan.
14.5.2. Vendor, tertakluk pada peruntukan Perjanjian ini, memberi anda lesen yang terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik (tanpa hak untuk memberi sublesen) semasa Terma Langganan untuk menggunakan Penyelesaian yang berkaitan (termasuk Perkhidmatan Perniagaan AVG yang berkenaan) bagi menyediakan Perkhidmatan MSP untuk Pelanggan anda.
14.5.3. Vendor, tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian ini, akan menyediakan anda dengan Penyelesaian (termasuk Perkhidmatan Perniagaan AVG yang berkenaan) untuk manfaat Pelanggan anda.
14.5.4. Anda, tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian ini, akan:
(a) Menghendaki: (i) setiap Pelanggan (termasuk anda, setakat yang berkaitan) yang menerima Penyelesaian menjalankan atau mengikat dirinya kepada versi semasa Perjanjian ini; dan (ii) setiap Pelanggan yang anda telah bersetuju menyediakan Penyelesaian, menjalankan atau mengikat dirinya kepada Perjanjian Perkhidmatan. Tanpa mengehadkan perkara di atas, anda boleh menerima EULA bagi pihak Pelanggan hanya setakat kebenaran yang telah dinyatakan oleh Pelanggan untuk anda berbuat demikian dalam Perjanjian Perkhidmatan atau sebaliknya. Perjanjian Perkhidmatan akan: (i) mengandungi peruntukan sekurang-kurangnya sama tahap perlindungannya bagi kepentingan Vendor seperti Perjanjian ini; dan (ii) memberikan kebenaran yang jelas kepada anda dan Vendor untuk menghasilkan semula, menghantar, menyimpan dan memproses data serta maklumat Pelanggan dalam prestasi perkhidmatan.
(b) Di antara Vendor dan anda, bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (i) melaksanakan tanggungjawab anda di bawah Perjanjian Perkhidmatan; (ii) memastikan bahawa anda dan semua Pelanggan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan berhubung pemantauan pekerja dan pihak ketiga yang lain serta Peranti mereka masing-masing, (iii) melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada anda dan Pelanggan oleh Perjanjian ini, Syarat Berkaitan dan Dokumentasi; dan (iv) apabila habis tempoh atau penamatan Perjanjian Perkhidmatan yang berkenaan, menamatkan peruntukan perkhidmatan dan mengalih keluar atau menyebabkan Pelanggan mengalih keluar sebarang Penyelesaian daripada sebarang Peranti yang telah dipasang penyelesaian itu.
14.6. Pelan Jaminan. Seksyen 14.6 ini terpakai kepada Pelan Jaminan.
14.6.1. “Pelan Jaminan” bermakna suatu perkhidmatan yang disediakan oleh juruteknik Vendor (“Rakan Sekerja”), sebagai pertukaran untuk bayaran langganan yang berasingan, akan membantu anda untuk membuang virus atau perisian merbahaya lain yang menjangkiti Peranti anda yang dilindungi semasa Tempoh Langganan. Pelan Jaminan dijual bersama-sama dengan Penyelesaian antivirus Vendor tertentu atau Penyelesaian keselamatan lain (setiap satu, “Penyelesaian Keselamatan”) dan menambahkan perlindungan yang ditawarkan oleh Penyelesaian Keselamatan.
14.6.2. Jika anda meminta bantuan Vendor di bawah Pelan Jaminan dan jika anda dan Peranti anda layak mendapat bantuan di bawah Seksyen 14.6.3, Vendor akan menggunakan usaha yang berpatutan secara komersial untuk membantu anda membuang virus atau malware lain yang menjejaskan Peranti anda. Anda dengan ini mengakui, menerima dan bersetuju bahawa usaha Vendor mungkin tidak mencukupi untuk membuang virus tertentu atau malware lain daripada Peranti anda, dan Vendor itu, semasa menyediakan perkhidmatan, boleh mengubah, menghapuskan atau merosakkan data pada Peranti anda, menukar tetapan Peranti atau mengganggu operasi Peranti anda yang betul.
14.6.3. Pelan Jaminan meliputi: (i) hanya Peranti yang anda gunakan untuk membeli Penyelesaian Keselamatan yang berkaitan dan tidak boleh dipindahkan ke peranti lain; dan (ii) hanya virus dan malware lain yang menjangkiti Peranti semasa Tempoh Langganan, selepas anda memuat turun dan memasang Penyelesaian Keselamatan pada Peranti, dan semasa Penyelesaian Keselamatan berjalan dengan definisi malware yang terkini. Vendor boleh menamatkan Pelan Jaminan tanpa notis jika Vendor menentukan mengikut pertimbangan perniagaannya bahawa anda telah meminta atau menerima perkhidmatan di bawah Pelan Jaminan untuk Peranti yang tidak dilindungi oleh Pelan Jaminan, memindahkan atau cuba untuk memindahkan Pelan Jaminan kepada orang atau entiti lain, atau melanggar terma Pelan Jaminan.
14.6.4. Vendor, dalam menyediakan bantuan di bawah Pelan Jaminan, mungkin memerlukan akses jauh ke Peranti anda dan/atau mungkin memerlukan anda memasang Perisian Bantuan (seperti yang diterangkan di bawah), dalam hal sedemikian anda mengakui dan bersetuju bahawa Seksyen 14.8 diguna pakai. Jika anda tidak boleh atau tidak memuat turun dan memasang Perisian Bantuan pada Peranti atau mengikut arahan Vendor atau Rakan Sekerja yang lain, atau jika Vendor menentukan bahawa Peranti anda tidak layak untuk mendapatkan sokongan di bawah Pelan Jaminan, Vendor tidak akan memberikan perkhidmatan di bawah Pelan Jaminan. Vendor boleh (tetapi tidak diwajibkan) merujuk perkhidmatan kepada anda yang mana Vendor atau subkontraktornya akan memberikan bantuan dengan dikenakan bayaran.
14.7. Sokongan Teknikal Premium. Seksyen 14.7 ini diguna pakai kepada Avast Total Care, AVG Premium Tech Support, AVG Go dan perkhidmatan sokongan teknikal lain (setiap satu, “Sokongan Teknikal Premium”) yang dijual oleh Vendor secara berasingan daripada Penyelesaian perisiannya dan melaluinya Vendor boleh membantu anda memasang, mengkonfigurasi atau menyeleaikan masalah mana-mana produk perisian dan/atau peralatan atau sistem, termasuk PC, Mac, tablet, telefon mudah alih atau sebarang peranti komputer peribadi lain, penghala wayarles, modem kabel atau penghala lain, pencetak, kamera digital, konsol permainan, pemain media, TV Pintar, pemain DVD/Blu-Ray.
14.7.1. Rakan Sekerja, dalam menyediakan Sokongan Teknikal Premium, akan menggunakan usaha yang sewajarnya dari segi komersial untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dialami tetapi disebabkan oleh kepelbagaian dan kerumitan teknologi yang tersedia di pasaran, Rakan Sekerja mungkin tidak dapat menyelesaikan isu anda. Hal ini boleh termasuk, contohnya, masalah yang timbul akibat ralat perisian atau perkakasan yang belum diselesaikan oleh pengeluar lagi atau masalah yang berkaitan dengan konfigurasi peralatan yang memustahilkan atau tahap kesukaran yang tidak wajar untuk membolehkan Rakan Sekerja mendiagnosis dan menyelesaikan masalah tersebut. Akibatnya, anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa usaha Vendor mungkin tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah yang anda kenal pasti atau masalah itu tidak akan dapat diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan.
14.7.2. Rakan Sekerja, dalam menyediakan Sokongan Teknikal Premium, mungkin memerlukan akses jauh ke Peranti anda dan/atau mungkin memerlukan anda memasang Perisian Bantuan, dalam hal sedemikian anda mengakui dan bersetuju bahawa Seksyen 14.8 diguna pakai. Jika anda tidak boleh atau tidak memuat turun dan memasang Perisian Bantuan pada Peranti atau mengikut arahan Vendor atau Rakan Sekerja yang lain, atau jika Vendor menentukan bahawa Peranti anda tidak layak untuk mendapatkan sokongan di bawah langganan Sokongan Teknikal Premium, Vendor tidak akan memberikan Sokongan Teknikal Premium.
14.8. Akses Jauh; Perisian Bantuan
14.8.1. Akses Jauh. Vendor atau Rakan Sekerja, semsa memberikan perkhidmatan di bawah Pelan jaminan sebagai sebahagian daripada Sokongan Teknikal Premium atau berhubung dengan perkhidmatan lain, mungkin perlu menyambung atau mengawal peralatan anda dari jauh untuk menyelesaikan isu yang sedang anda alami. Berhubung dengan sesi sambungan jauh ini:
(a) Rakan Sekerja mungkin perlu menjalankan pelbagai skrip pada peralatan anda, membuat perubahan kepada konfigurasinya, memasang dan menyahpasang perisian serta membuat perubahan lain kepada peralatan dan/atau tetapan perisian peralatan tersebut seperti yang diperlukan untuk menangani isu anda. Anda memahami bahawa Rakan Sekerja boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk memasang dan mengalih keluar pelbagai alat proprietari atau perisian pihak ketiga di mana Rakan Sekerja menganggap perlu untuk membantu anda dengan isu yang sedang anda alami. Elemen perisian sedemikian dilindungi oleh undang-undang, termasuk hak cipta.
(b) Anda mengakui dan bersetuju bahwa, dengan memberi kebenaran kepada Rakan sekerja untuk memulakan sesi sambungan jauh, anda memberi kebenaran kepada Vendor (dan rakan kongsi serta kontraktor yang bertindak bagi pihak Vendor) akses penuh atau terhad kepada peralatan, perisian dan rangkaian anda (bergantung pada peralatan, perisian dan konfigurasi rangkaian), dan memberi kebenaran kepada Vendor untuk membuat pengubahsuaian sedemikian sepertiyang diterangkan di atas atau seperti yang sebaliknya dinasihatkan oleh Rakan Sekerja semasa penyampaian Penyelesaian. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Rakan Sekerja atau anda yang bertindak mengikut arahan Rakan Sekerja boleh mengubah, menghapuskan atau merosakkan perisian atau data pada peralatan anda, menukar tetapan peralatan, perisian atau rangkaian atau sebaliknya mengganggu operasi peralatan, perisian atau rangkaian yang betul.
(c) Anda mengakui dan bersetuju bahawa Rakan Sekerja boleh memiliki akses kepada mana-mana maklumat yang disimpan pada Peranti anda. Rakan Sekerja dilatih untuk tidak mengakses lebih maklumat daripada maklumat yang benar-benar perlu untuk menyelesaikan isu yang anda minta sokongan Rakan Sekerja. Walau bagaimanapun, anda seharusnya berada di hadapan skrin Peranti anda untuk memantau tindakan Rakan Sekerja sementara beliau menyampaikan Penyelesaian pada Peranti anda. Anda berpeluang untuk menamatkan sesi sokongan langsung pada bila-bila masa dengan memaklumkan Rakan Sekerja atau memutuskan sambungan sesi sambungan jauh tersebut.
14.8.2. Perisian Bantuan.
(a) Vendor atau Rakan Sekerja, sebagai syarat untuk menyediakan perkhidmatan di bawah Pelan Jaminan, Sokongan Teknikal Premium atau perkhidmatan lain, boleh mengarahkan anda untuk memuat turun dan memasang satu program pada Peranti (“Perisian Bantuan”) yang membolehkan Rakan Sekerja mendapat akses jauh ke Peranti anda, mengumpul maklumat tentang Peranti dan operasinya, mendiagnosis dan membaiki masalah serta menukar tetapan Peranti. Anda juga mungkin perlu mengikut arahan lain yang diberikan oleh Vendor atau Rakan Sekerja.
(b) Jika anda atau Rakan Sekerja memasang Perisian Bantuan pada Peranti, Perisian Bantuan itu:
(i) Boleh memerlukan anda untuk mengaktifkan perisian itu pada Peranti anda. Jika anda tidak melengkapkan proses pengaktifan dalam tempoh yang diminta oleh Rakan Sekerja atau seperti yang digesa oleh Perisian Bantuan, Perisian Bantuan itu boleh berhenti berfungsi sehingga pengaktifan selesai.
(ii) Boleh berkomunikasi dengan pelayan Vendor (atau rakan kongsi atau kontraktornya) dengan kerap untuk (i) memastikan anda menerima semua perkhidmatan dan perisian yang layak anda terima sebagai sebahagian daripada Penyelesaian anda, (ii) membolehkan anda melancarkan sesi sembang dengan cepat bersama Rakan Sekerja sebagai sebahagian daripada Penyelesaian anda, atau (iii) memberi anda akses kepada alat layan diri tertentu sebagai sebahagian daripada Penyelesaian anda.
(iii) Boleh secara lalainya sentiasa berjalan pada Peranti anda dan melakukan pelbagai tugas latar belakang yang membantu menyelenggarakan Peranti anda dalam keadaan kerja. Semasa berjalan, perisian ini boleh mengumpulkan pelbagai data berkenaan Peranti anda, termasuk spesifikasi teknikalnya, maklumat tentang sistem pengendaliannya, perisian yang dimuat turun dan/atau dipasang, kemas kini dan naik taraf, ketersediaan dan status perisian keselamatan anda, sandaran dan firewall, pelbagai pengecam unik, mesej ralat sistem dan perisian, status sambungan rangkaian, persisian yang disambungkan dan peranti lain yang disambungkan, dan maklumat serta data sedemikian yang serupa. Maklumat ini membantu Vendor untuk menghalang banyak isu biasa yang mungkin anda alami, dan juga untuk mengenal pasti masalah dengan cepat yang berkaitan dengan sokongan Vendor yang anda minta.