Pada papan pemuka utama, klik pada butang Mod Turbo (ikon tolok) di penjuru bawah sebelah kiri.
Anda akan ditanya beberapa soalan mudah mengenai item yang hendak dimatikan. Anda boleh juga memilih untuk menetapkan Mod Turbo supaya dihidupkan sentiasa atau hanya semasa anda memerlukan sedikit kuasa tambahan.
PETUA! Jika anda tidak tahu fungsi sesetengah ciri ini, tuding di atas setiap ikon untuk mendapatkan penerangan terperinci.
Mode Turbo
Mematikan lebih daripada 70 ciri yang sukar dicari & sering tidak diperlukan dalam Windows® seperti perkongsian Media Player, pengecaman pen atau proses bantuan jauh.
Ia benar-benar alat terbaik untuk prestasi yang lebih daripada biasa semasa mereka, menyunting video, bermain atau melakukan pengaturcaraan sama ada anda menggunakan Windows 10, 8, 7, Vista, XP SP3.