Muat turun antivirus AVG percuma untuk mendapatkan perlindungan yang muktamad bagi PC Windows 8 anda.
Muat turun antivirus AVG percuma untuk mendapatkan perlindungan yang muktamad bagi PC Windows 8 anda.
Lindungi PC Windows 8 anda daripada virus, perisian hasad, perisian tebusan dan ancaman lain dengan antivirus yang tidak akan memperlahankan komputer anda. Perisian antivirus percuma kami menggabungkan kecerdasan buatan dan data yang diperoleh daripada jutaan pengguna kami yang dipercayai untuk memastikan komputer Windows 8 anda selamat dan dilindungi.
Dapatkan perlindungan yang hebat dengan pemasangan yang ringan dan mudah.
Mengemas kini secara automatik menggunakan analisis masa nyata tanpa memperlahankan anda.
Mengimbas peranti anda dan menyekat pautan, muat turun dan lampiran yang tidak selamat.
AVG AntiVirus FREE bekerja sepanjang masa untuk memberikan komputer Windows 8 anda perlindungan perisian hasad yang terbaik dengan mengemas kini dalam masa nyata untuk memastikan anda, PC anda serta keluarga anda selamat dalam talian.
Mudah. Efisien. Percuma.
Mengapa gunakan AVG AntiVirus untuk PC Windows 8 anda?
Menghentikan perisian intip, virus & perisian hasad.
Memberi amaran kepada anda tentang pautan web yang tidak selamat.
Mengimbas dengan pantas dan senyap.
Dan yang paling bagus?
Semuanya percuma.
Benar, Windows 8 disertakan dengan keselamatannya sendiri yang terbina dalam tetapi ciri ini tidak memberikan perlindungan yang lengkap untuk PC anda seperti yang diberikan oleh AVG AntiVirus FREE. Malah, dalam ujian terbaharu oleh AV-Comparatives, AVG telah menyekat 100% ancaman perisian hasad berbanding hanya 95.6% oleh Microsoft – ini bermakna PC Windows 8 anda adalah lebih selamat dan lebih terjamin dengan AVG. Sedia?
Menaik taraf PC Windows 8 anda?
Tiada sokongan atau kemas kini keselamatan yang tersedia untuk pengguna Windows 8 sejak 12 Januari 2016 dan kini Microsoft telah mengumumkan bahawa sokongan lanjutan untuk Windows 8.1 akan tamat pada Januari 2023. Oleh itu, kami sangat mengesyorkan semua pengguna Windows 8.1 untuk menaik taraf kepada versi Windows terkini.
AVG AntiVirus FREE memastikan komputer anda dilindungi daripada ancaman dalam talian. Jika anda menaik taraf sistem pengendalian Microsoft Windows 8, AVG AntiVirus anda akan terus berfungsi kerana ia serasi dengan semua versi Windows terkini. Layari Internet dengan penuh yakin, mengetahui bahawa kedua-dua keselamatan dalam talian dan komputer anda dalam keadaan selamat.
Cara memasang AVG AntiVirus pada Windows 8
Muat turun fail pemasangan di bawah.
Jalankan fail untuk memulakan pemasangan anda.
Ikuti langkah mudah pada skrin anda.
Selepas pemasangan selesai, mulakan semula komputer anda. Mudah!
Penggunaan
Untuk kegunaan peribadi dan keluarga sahaja. Bukan untuk kegunaan perniagaan atau komersial.
Keperluan Sistem
PC dengan Windows 11, Windows 10, 8.1, 8 atau 7 (kedua-dua versi 32 dan 64 bit, tidak termasuk edisi Starter dan RT), 4 GB RAM dan 2 GB ruang cakera keras. Windows 11 cip ARM sahaja.
MacOS 10.13 (High Sierra) atau lebih baharu
Android 5.0 atau ke atas
iOS 10.3 atau lebih baharu
Bahasa
Untuk Windows: Bahasa Cina (ringkas), Cina (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovakia, Sepanyol dan Turki.
Untuk Mac: Bahasa Inggeris sahaja.
Untuk Android: Bahasa Arab, China (mudah), China (tradisional), Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Ibrani, Hindi, Hungari, Indonesian, Itali, Jepun, Korea, Melayu, Norway, Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Serbia, Slovak, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukrain, dan Vietnam.
Privasi | Perjanjian lesen | Kuki | Semua tanda dagangan pihak ketiga adalah hak milik pemilik masing-masing. | © 2025 Gen Digital Inc. Hak cipta terpelihara.